Weststar Group dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membuat ‘Tawaran Awam Awal’ (Initial Public Offering/IPO) anak syarikat perkhidmatan helikopternya untuk mengumpul dana sebanyak kira-kira USD300 juta (~RM1.3 bilion).

Sumber awal itu telah dikongsikan kepada Bloomberg.com oleh pihak dalaman. Menurutnya juga, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim telah mengadakan perbincangan awal dengan penasihat mengenai penyenaraian Weststar Aviation Services Sdn Bhd yang dijangka akan berlaku seawal pada tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Weststar Group juga dilaporkan mahu menjual kepentingan ekuitinya sebanyak 20% dalam unit helikopter untuk pusingan pembiayaan sebelum IPO, dengan penilaian hampir USD2 bilion (~RM8.79 bilion) termasuk hutang, kata sumber.

Sumber Gambar: The Star

Tambahnya lagi, perbincangan masih lagi berjalan dan tidak ada kepastian sama ada Weststar Group akan meneruskan penjualan dan penyenaraian kepentingan seperti yang dirancang, lapor Bloomberg.com.

Weststar Aviation ialah salah satu pengendali helikopter terbesar di Asia Tenggara dengan memiliki kira-kira 44 helikopter, di mana 35 daripadanya adalah AW139, menjadikannya pengendali global kedua terbesar bagi pesawat sedemikian di dunia.

Antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Weststar Aviation termasuklah Petronas Carigali Sdn Bhd, Exxon Mobil Corp, ConocoPhillips dan Mubadala Petroleum LLC. Anak syarikat Weststar Group itu beroperasi di serata negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Itali dan Mauritania.

Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut mengenai latar belakang pemilik perniagaan ‘aviation’ terkenal yang bernilai bilion ringgit.

Inilah Billionair Melayu ‘Low Profile’ Yang Miliki 4 Jet Dan 40 Helikopter

Ramai Tidak Tahu Rangkaian Hotel Holiday Villa Dibangunkan Oleh Anak Melayu

Sumber