Seiring dengan kemajuan teknologi serta peningkatan startup di Malaysia, pertambahan peluang kerja serta keperluan pejabat antara yang dijangkakan.

Melihat kepada trend para pengguna yang semakin cenderung memilih coworking space, WeWork selaku syarikat penawaran ruang kerja pejabat telah mengumumkan pembukaan cawangan pertama mereka di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

74638245-E6E5-4186-BF7A-A330408F3478

Melalui pelan yang diumumkan pengarah urusan WeWork, cawangan mereka di Malaysia bakal menjadi cawangan terbesar membolehkan mereka menampung sebanyak 1,900 ahli dengan ruang pejabat lima tingkat.

Bersesuaian dengan perkhidmatan serta servis yang ditawarkan, buat anda yang sedang mencari ruang kerja dengan kelengkapan lengkap anda boleh melanggan bersama servis yang ditawarkan WeWork di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur.

Harga penawaran bermula daripada RM950 sebulan bagi Hot Desk, RM1,150 sebulan bagi ruang meja serta ruang pejabat peribadi pada harga rm1,200.

Sumber