Lama dinantikan para pengguna Android dan iOS, aplikasi permesejan WhatsApp pada hari ini secara rasminya telah mengumumkan kehadiran mod tema gelap atau lebih popular dengan nama Dark Mode buat semua pengguna.

Melalui fungsi terbaru ini, warna aplikasi ini hadir dengan warna yang lebih gelap sekaligus membuatkan para pengguna lebih mudah untuk berhubung melalui WhatsApp dalam keadaan gelap tanpa menyakitkan mata.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →
Screen Shot 2020-03-04 at 12.45.35 PM

Whatsapp Dark Mode pada Android

Screen Shot 2020-03-04 at 12.45.27 PM

Whatsapp Dark Mode pada iOS

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi Dark Mode yang tersedia pada Android 10 dan iOS 13. Buat pengguna Android 9 dan ke bawah, anda boleh mengaktifkannya dengan cara memilih tema gelap pada tatapan aplikasi WhatsApp. Sebelum itu, pastikan anda mengemas kini aplikasi WhatsApp kepada versi terbaharu.

Sebelum itu, jom tonton terlebih dahulu iklan terbaru daripada WhatsApp yang sangat melucukan ini dalam mempromosikan fungsi Dark Mode.

WhatsApp sebelum ini melaporkan bakal memperkenalkan fungsi mesej ‘self destruct’ buat para pengguna.

WhatsApp Bakal Perkenal Fungsi Mesej ‘Self Destruct’

TikTok Kalahkan Facebook Dan WhatsApp Sebagai Aplikasi Paling Banyak Dimuat Turun

Anda Mungkin Suka