Sejak mula diperkenalkan, aplikasi WhatsApp nampaknya berjaya menjadi medium permesejan utama bagi Rakyat Malaysia. Penawaran fungsi WhatsApp Group turut membolehkan para pengguna bersembang secara berkumpulan dengan lebih mudah.

Walaubagaimanapun, disebalik penawaran fungsi ini, terdapat sesetengah pengguna yang menggunakan fungsi ini untuk menarik orang ramai memasuki ke dalam sesebuah group atas tujuan tertentu seperti menjual produk, berkongsi maklumat dan sebagainya tanpa persetujuan pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

GroupInvitation_IOS_WBI461LX

Melihat kepada masalah yang berlaku serta dalam usaha untuk menjaga privasi pengguna, dilihat WhatsApp melalui WhatsApp Beta telah mula menawarkan fungsi terbaru yang meminta izin pengguna terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah WhatsApp Group.

Fungsi terbaru ini dijangkakan bakal ditawarkan buat pengguna iOS terlebih dahulu sebelum ditawarkan buat pengguna Android.