Sejak mula diperkenalkan, aplikasi ini berjaya menjadi fenomena dan dimuat-turun hampir seluruh pengguna seluruh dunia. Aplikasinya yang mudah diakses, percuma dan tidak menawarkan sebarang iklan antara yang menjadi sebab utama orang ramai memilih aplikasi ini.

Walaubagaimanapun, nampaknya aplikasi ini bakal mula memaparkan iklan bermula tahun hadapan. Difahamkan, penawaran iklan ini sebagai salah satu cara untuk aplikasi ini memperoleh keuntungan daripada jumlah pengguna yang ramai. Idea ini dilihat mula diperkatakan sejak Facebook mendapatkan aplikasi ini.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →
20180308_212306-1024×1022

Sumber: The Native

Penawaran iklan pada aplikasi WhatsApp ini sememangnya tidak mengejutkan memandangkan ura-ura pada platform ini sudah lama diumumkan sebelum ini. Melihat kepada trend platform milik Facebook seperti Facebook Stories dan Instagram Stories yang sudahpun mempunyai iklan jelas penawaran iklan WhatsApp Stories sememangnya tidak mengejutkan.

Buat anda yang menggunakan WhatsApp sekadar untuk tujuan permesejan dan tidak menggunakan fungsi Stories, anda mungkin tidak akan terkesan dan melihat iklan yang terpapar pada aplikasi ini.

Anda Mungkin Suka