Jika 2-3 tahun lepas aplikasi Whatsapp merupakan ‘pioneer’ untuk aplikasi permesejan kini nampaknya tidak lagi. Kehadiran aplikasi seperti Slack, Messenger, WeChat dan Telegram telah sedikit sebanyak telah menggugat bilangan pengguna Whatsapp.

telegram-vs-whatsapp

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, Whatsapp terpaksa akur dengan permintaan pengguna apabila aplikasi ini berhajat untuk menyertakan sokongan GIF. Fungsi yang sudah lama diimplemnetasi pada Telegram dan Messenger. Sokongan menghantar fail PDF juga disertakan pada aplikasi ini beberapa minggu yang lalu memandangkan pengguna lebih selesa aplikasi Telegram yang lebih fleksibel.

Whatsapp nampaknya mementingkan storan telefon pintar pengguna apabila tidak akan menyimpan data gambar GIF. Nampaknya anda boleh menggunakan gambar bergerak atau format GIF dengan lebih selesa selepas ini.

Kami tidak sabar menanti hari pertama sokongan ini diumumkan. Pastinya ramai yang mahu mencuba dan situasi spam bakal berlaku sepertimana sokongan Sticker diumumkan pada Telegram.

Sumber