Aplikasi chatting paling popular, WhatsApp dilaporkan sedang menguji satu lagi fungsi baharu iaitu membolehkan pengguna untuk memadamkan teks mesej dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Fungsi tersebut membolehkan mesej terpadam dengan sendiri atau ‘self-destruct’ dan pengguna boleh melakukan pemilihan masa pemadanan teks mesej untuk beberapa tempoh.

Berdasarkan satu laporan, fungsi itu akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk memadam sesuatu teks mesej dalam tempoh satu jam, satu hari, satu minggu dan beberapa pilihan lain.

WhatsApp yang sudah dimiliki oleh Facebook kini dikatakan sedang melakukan ujian untuk fungsi berkenaan dan akan dilancarkan bagi versi penuh selepas fasa berkenaan tamat.

Walau bagaimanapun, fungsi ini telah pun dilancarkan secara serentak dengan versi beta 2.19.348. Pengguna yang telah mendaftarkan diri mereka untuk program beta Google Play boleh memuat turun versi terbaru aplikasi tersebut.

Sebelum ini, pengguna telefon lama bakal disekat menggunakan aplikasi WhatsApp bermula Februari tahun ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pengguna Telefon Lama Bakal Disekat Daripada Menggunakan Aplikasi WhatsApp Bermula Februari 2020

WhatsApp Perkenalkan Fungsi Baharu Bagi Memudahkan Pembelian Barangan Secara Terus