Sejak mula Apple menawarkan kemas kini bagi iOS 13 dengan fungsi ‘dark mode’, beberapa aplikasi lain dilihat telah mulai turut serta menawarkannya.

Terbaharu, aplikasi permesejan WhatsApp antara aplikasi yang bakal turut menawarkan fungsi yang menjadi pilihan ramai ini. Difahamkan sebanyak dua tema berwarna gelap bakal ditawarkan bukan sahaja buat pengguna iOS malah buat pengguna Android. Lebih menarik, WhatsApp bakal menawarkan fungsi ini dengan jaminan tiada sebarang bug.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

mad_blog_5ba1fffc299e41537343484

Setakat ini masih belum terdapat sebarang paparan rasmi bagi aplikasi WhatsApp dengan fungsi ini memandangkan pembangun aplikasi ini sedang mengusahakannya.

Melihat kepada penawaran fungsi dark mode pada aplikasi WhatsApp, pastinya orang ramai akan menyukainya sekaligus membuatkan mata anda lebih selesa apabila menggunakan aplikasi ini pada keadaan gelap.

Kami kongsikan kepada anda, dua lagi aplikasi yang turut menawarkan fungsi dark mode sebelum ini iaitu Instagram dan YouTube. Klik pautan di bawah untuk mengetahui cara-caranya.

Ini Caranya Untuk Aktifkan ‘Dark Mode’ Pada Aplikasi Instagram

Ini Caranya Untuk Dapatkan Youtube Versi Terbaru Dengan Paparan ‘Dark Mode’

Anda Mungkin Suka