Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Aplikasi permesejan WhatsApp pada hari ini telah mengeluarkan sebuah kemaskini terbaru khusus buat iOS dan Android. Pada kali ini kemaskini yang dibawakan khusus buat permesejan secara kumpulan.

Melalui kemaskini terbaru, admin WhatsApp Group berpeluang menjelaskan tujuan group melalui ruang description dalam memberi hala tuju mengenai perbualan di dalam sebuah WhatsApp Group serta memudahkan ahli baru group mengetahuinya.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

whatsapp-may-2018-update

Selain itu, WhatsApp turut membawakan ciri seumpama aplikasi Discord dimana para pengguna berpeluang menyemak sama ada nama mereka disebutkan atau tag dengan lebih mudah melalui butang mention.

Difahamkan kemaskini terbaru ini dibuat dalam usaha untuk menawarkan pengalaman permesejan yang lebih baik buat orang ramai setelah aplikasi ini berjaya menjadi antara platform permesejan yang paling kerap digunakan khsusnya melibatkan perbualan melibatkan soal bisnes dan pekerjaan.

Kemaskini terbaru WhatsApp kini telah mula ditawarkan melalui versi terbaru pada platform Android dan iOS.