Jika sebelum ini Facebook telah memperkenalkan ciri pembelian secara terus di Instagram, kini ciri ini turut diperluaskan melalui aplikasi permesejan WhatsApp.

Melalui fungsi yang dinamakan sebagai katalog, para pengguna berpeluang melihat dan membeli barangan yang ditawarkan pembeli dengan lebih sistematik dan mudah. Ciri ini juga secara tidak langsung bakal memudahkan urusan jual-beli kedua-dua pihak. 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2019-11-08 at 5.18.30 PM

Khusus buat para penjual atas talian, anda berpeluang melancarkan katalog anda sendiri ini dengan menggunakan aplikasi WhatsApp Business. Setakat ini sokongan ciri terbaru ini cuma tersedia di beberapa negara seperti Brazil, Jerman, Indonesia dan beberapa lain. Para pengguna di Malaysia nampaknya perlu menanti seketika sebelum fungsi ini ditawarkan secara rasmi.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Facebook yang memiliki Instagram dan WhatsApp bakal mengintegrasikan servis ini bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan yang diingini melalui platform yang dijual pembeli.

Selain itu, WhatsApp dilaporkan bakal turut mengikuti trend dengan memperkenalkan ciri ‘dark mode’ tidak lama lagi. Turut dikongsikan tindakan Kerajaan Indonesia yang menyekat kandungan berita palsu di Facebook, Instagram dan WhatsApp.

WhatsApp Bakal Turut Hadir Dengan Tema ‘Dark Mode’

Indonesia Sekat Facebook, Instagram Dan WhatsApp Bagi Menghalang Perkongsian Berita Palsu