Sekiranya anda sedang menggunakan aplikasi WhatsApp dan gagal untuk menghantar atau menerima mesej yang dihantar, anda tidak keseorang. Hal ini kerana aplikasi permesejan popular dunia iaitu WhatsApp dilaporkan ‘down’ atau alami masalah secara global.

Menerusi perkongsian menerusi laman Down Detector, aplikasi WhatsApp telah menerima jumlah laporan yang tinggi melibatkan kegagalan untuk mengaksesnya bermula sekitar jam 3 petang ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: down detector

Setakat ini masih belum diketahui punca aplikasi WhatsApp ini gagal untuk menghantar atau menerima mesej manakala laman rasmi Twitter WhatsApp juga masih belum mengeluarkan sebarang laporan mengenai isu yang berlaku.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali aplikasi WhatsApp mengalami masalah seperti ini. Sekitar tahun lalu yang secara kebetulan pada bulan yang sama, aplikasi ini turut mengalami isu yang sama.

Kemas kini: Menerusi semakan terbaru yang dibuat jam 5 petang ini, aplikasi WhatsApp dilihat sudah boleh diakses seperti biasa.