Dalam senarai kenalan anda pasti ada beberapa orang rakan yang lebih gemar untuk menghantar voice note berbanding menaip mesej, bukan? Namun sesetengah telefon pintar kadang-kadang mengalami masalah yang hanya mampu merakam beberapa saat dan menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dirakam habis.

Kini dengan pengenalan ciri baharu, pengguna WhatsApp boleh menghantar voice note tanpa perlu menekan lama pada ikon rakam. Pengguna hanya perlu menekan ikon mikrofon untuk beberapa saat dan luncur ke atas untuk terus merakam suara dan terus hantar apabila siap merakam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IMG_20180604_142153_090

Anda hanya perlu update WhatsApp anda kepada versi terbaharu untuk menggunakan ciri ini. Mungkin selepas ini lebih ramai individu yang akan membalas pesanan hanya dengan menghantar voice note.