Whatsapp pada hari ini telah mengumumkan fungsi terbaru pada aplikasi permesejan mereka iaitu fungsi tag rakan anda yang berada di dalam group. Melalui fungsi terbaru ini, anda hanya perlu tag rakan yang berkaitan untuk menyampaikan mesej di group dengan lebih mudah.

Buat anda yang sering menggunakan aplikasi Telegram mungkin lebih mesra dengan fungsi terbaru ini dimana anda hanya perlu meletak simbol ‘@’ diteruskan dengan nama yang tertera di skrin telefon anda.

Anda juga diberi kebebasan untuk tag sejumlah bilangan rakan anda yang terlibat secara serentak melalui group chat. Mungkin sedikit lambat untuk mengumumkan fungsi yang sudah lama berada di Telegram ini namun masih releven untuk diwujudkan.

Setelah fungsi tagging dan penghantaran fail PDF diperkenalkan whatsapp mungkinkah Whatsapp sekali lagi bakal mengikut jejak langkah Telegram dengan memperkenalkan GIF dan stickers?

Sumber