Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia tidak mempunyai hubungan yang baik bersama negara Israel. Negara yang dikuasai oleh Zionis beserta kekejaman yang dibuat terhadap Palestin membuatkan rakyat Malaysia kurang senang dengan Israel.

Ketegangan antara Malaysia dan Israel menjadi lebih serius apabila Israel memilih untuk melancarkan serangan ke Gaza sekitar Mei lalu di mana rakyat Malaysia bersatu tenaga melancarkan perang siber ke atas negara Israel sehingga membuatkan warga Israel sentap dengan kecaman yang diterima.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang warga Israel seolah mahu ‘berperang’ dengan netizen Malaysia apabila bangga memerli Malaysia yang berada di tangga ke-70 selepas Israel berada di tangga ke-36 menerusi pungutan pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ironinya, beliau yang menimbulkan ‘persoalan’ telah menutup ruangan balas di Twitter membuatkan para netizen gagal memberi jawapan. Dalam pada itu, tweet beliau secara tidak langsung telah menjemput ‘serangan’ daripada netizen Malaysia menerusi ‘jawapan’ melalui quote retweet.

https://twitter.com/DragonForceIO/status/1422463005338394626

Sejak perkataan ‘koyak’ trending dan turut tersenarai di Urban Dictionary berikutan kerap digunakan netizen Malaysia, dapat dilihat netizen Israel seolah terkesan dan membandingkan negara Malaysia dalam pelbagai isu.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali warga Israel memilih untuk memperlekeh Malaysia. Sebelum ini, tindakan yang sama turut dilakukan selepas hanya sehari Sukan Olimpik 2020 berlangsung.

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

Atlet Israel Buat Hal, Hancurkan Katil Kadbod Yang Disediakan Secara Percuma Di Sukan Olimpik

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary