Tidak dinafikan bahawa gula-gula White Rabbit mengamit memori zaman masa kecil bagi sebahagian kanak-kanak pada masa dahulu. Malah, apabila aiskrim berperisa gula-gula White Rabbit diperkenalkan, ia menjadi kegilaan ramai orang di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, Aiskrim berperisa gula-gula White Rabbit ini diperkenalkan oleh Wanderlust di Amerika Syarikat. Akan tetapi, syarikat pengeluar gula-gula White Rabbit dari China tidak gembira dengan penghasilan aiskrim tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, syarikat induk gula-gula White Rabbit tidak memberi kebenaran kepada syarikat Wanderlust untuk menghasilkan aiskrim tersebut dan ini menunjukkan pihak Wanderlust telah melanggar hak cipta. Pihak White Rabbit telah menghubungi pihak Wanderlust berhubung isu tersebut.

Walaubagaimanapun, menurut pihak Wanderlust, pembalut White Rabbit yang digunakan adalah atas tujuan promosi sahaja kerana aiskrim tersebut hanyalah menggunakan nama ‘The White’. Akan tetapi, Inside Scoop juga menjual aiskrim berperisa gula-gula tersebut, sama ada akan terkesan dengan isu ini masih belum diketahui.

Sumber