Sejumlah negara sudah mula menjalankan suntikan vaksin COVID-19. Amerika Syarikat, Britain, Arab Saudi, Singapura, dan bahkan Indonesia juga telah mula menyuntik vaksin COVID-19 kepada rakyatnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa pengembangan vaksin COVID-19 akan diteruskan, malah WHO mengatakan sedang merancang untuk mencipta vaksin dengan teknologi baru dan hanya perlu diambil dengan 1 dos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, vaksin COVID-19 telah diciptakan oleh banyak pengeluar antaranya adalah Sinovac, Pfizer, Moderna, dan lain-lain. Bagaimanapun, vaksin COVID-19 ini memerlukan 2 dos atau 2 suntikan.

Ketua saintis WHO Soumya Swaminathan menyatakan bahawa ada vaksin COVID-19 jenis baru yang sedang dalam proses pembangunan. Difahamkan, ia mempunyai ciri-ciri berbeza dibandingkan dengan yang ada sekarang.

Dia mengatakan bahawa terdapat vaksin yang sedang diuji dengan hanya memerlukan satu suntikan, disedut melalui hidung dan harganya mungkin lebih berpatutan. “Mungkin ada banyak vaksin COVID-19 yang mempunyai kelebihan daripada generasi pertama,” kata Swaminathan seperti dilaporkan oleh Medical Press.

“Apa yang ingin kita perhatikan adalah pencegahan penyakit. Pencegahan jangkitan adalah persoalan lain. Tetapi itu adalah sekunder. Kami akan belajar mengenai kesan vaksin ini mencegah penyebaran jangkitan dari orang ke orang.” dia menambah.

Menurut laporan WHO mengenai calon vaksin COVID-19, terdapat 64 jenama yang sedang diuji pada manusia, dan 22 daripadanya telah mencapai ujian tahap akhir.

Manakala 173 calon lain untuk vaksin COVID-19 sedang dikembangkan dimakmal, untuk diuji kepada manusia. Setakat ini WHO hanya memberikan kelulusan untuk dua dos vaksin COVID-19 dari Pfizer-BioNTech yang memerlukan suhu penyimpanan yang sangat sejuk.

Terdahulu, rakyat Malaysia kongsi pengalaman disuntik vaksin COVID-19 di Singapura. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura

3,000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin COVID-19 Di Malaysia

Ketua Agama Yahudi Israel Dakwa Vaksin COVID-19 Buatkan Lelaki Menjadi Gay