Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang mempertimbangkan sama ada wabak cacar monyet akan diklasifikasikan sebagai ancaman kesihatan global. Kemunculan wabak ini di lebih 70 negara mengusarkan WHO yang kini sudah bersedia untuk membunyikan amaran.

Menerusi laporan The Straits Times, hampir 14,000 kes cacar monyet telah ditemui di seluruh dunia dan mula tersebar di pelbagai wilayah. Situasi ini telah memaksa WHO akan memanggil semula jawatankuasa pakar cacar monyet untuk memutuskan status wabak ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peningkatan kes cacar monyet, yang pada mulanya hanya muncul di negara-negara Afrika Barat dan Tengah pada awal Mei lalu telah memaksa WHO menubuhkan jawatankuasa pakar bertujuan untukl memutuskan sama ada cacar monyet boleh diklasifikasikan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC).

PHEIC ialah tahap amaran tertinggi mengikut garis panduan kecemasan WHO.

Bagaimanapun, majoriti ahli jawatankuasa memberitahu ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus bahawa keadaan itu masih belum mencapai tahap yang membimbangkan.

Tetapi, situasi terkini telah mendorong WHO untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa buat kali kedua. WHO malah melaporkan bahawa cacar monyet telah berjaya masuk ke 6 negara baharu pada minggu lalu.

Sekiranya minggu ini ahli jawatankuasa bersetuju untuk mengesyorkan status PHEIC kepada Tedros, maka jawatankuasa itu akan segera memberi panduan tentang cara mencegah dan mengurangkan penularan penyakit itu.

Wabak cacar monyet mula merebak di Eropah, ini apa yang anda perlu tahu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Wabak Cacar Monyet Mula Merebak Di Eropah, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Wabak Cacar Monyet Adalah Senjata Biologis Buatan Manusia, Kata Bekas Saintis Kesatuan Soviet

Pakar Akui Terkejut, Jangka Kes Wabak Cacar Monyet Bakal Meningkat Dalam Masa Terdekat