Sejak Malaysia mencapai kadar vaksinasi melebihi 90% sekaligus rentas negeri dibuka, dapat dilihat orang ramai seakan lega selepas lama tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Dalam pada itu, meskipun angka kes menunjukkan penurunan daripada lima angka kepada empat angka sehari, World Health Organization (WHO) baru-baru ini tampil dengan sebuah kenyataan yang memaklumkan krisis COVID-19 mungkin berlarutan sehingga tahun 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenyataan tersebut dibuat selepas mendapati kurang daripada 5% populasi Afrika yang telah menerima vaksin berbanding 40% di kebanyakan benua lain.

Sumber: reuters

Sehubungan dengan itu, Dr Aylward selaku pemimpin kanan WHO mencadangkan agar negara-negara kaya seperti Britain menunaikan janji dalam membantu negara-negara lain mendapatkan bekalan vaksin dalam jumlah yang banyak sekaligus membolehkan orang ramai seluruh dunia menerima suntikan vaksin COVID-19.

Lebih membimbangkan ramai, BBC pada minggu ini melaporkan terdapat varian baharu COVID-19 yang ditemui di Britain hasil daripada mutasi varian Delta.

Sehingga kini, WHO berpendapat proses vaksinasi seluruh dunia tidak berada di landasan yang betul yang secara tidak langsung akan memanjangkan lagi krisis wabak COVID-19 yang berlaku.

Tular pada minggu lalu apabila Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dituduh menggunakan tangkal. Tuduhan tersebut nampaknya turut membuatkan YB KJ tampil menjawab 4 ‘jin’ yang digunakan untuk melindungi Malaysia.

Dituduh Guna Tangkal, KJ Jawab 4 ‘Jin’ Ini Berkesan Untuk Lindungi Malaysia

Dakwa Sekadar Hiburan, ‘Prank’ Tangkap Basah Kumpulan YouTuber Ini Undang Kerisauan Netizen