Sekiranya ada cara untuk melihat siapa yang tidak lagi mahu berkawan dengan anda, adakah anda mahu?

Sebuah app yang bernama Who Deleted Me memberi pengguna Facebook keupayaan untuk melihat apabila mereka telah di-“unfriend” di Facebook ataupun rakan mereka memadamkan akaun Facebook mereka.

Seramai 500,000 orang telah mendaftar untuk mendapatkan app tersebut, dengan 330,000 daripadanya mendapatkannya pada bulan lepas.

Walaupun app ini baru dilancarkan beberapa minggu lepas, Facebook app untuk Who Deleted Me telah wujud sejak tahun 2009. Who Deleted Me versi baru ini digunakan dengan memasangnya (install) pada pelayar internet seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Opera, dan ia juga disokong oleh sistem operasi iOS dan Android.

Selain daripada isu kecil pada server disebabkan pertumbuhan pengguna secara mendadak, satu-satunya kelemahan pada aplikasi ini adalah, anda tidak dapat melihat siapa yang telah unfriend anda sebelum anda memasang aplikasi ini.

Ia boleh menjejaki rakan-rakan anda, hanya setelah anda memuat turun dan memasangnya di pelayar.

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan kali terakhir rakan anda log masuk ke dalam Facebook.

Dalam era super paranoid tentang ‘kehidupan’ Facebook kita, aplikasi ini sedikit sebanyak memberi ‘ketenangan’ dengan membantu memberitahu kita siapa yang tidak lagi menganggap kita sebagai sahabat dalam alam maya.

BACA: Tiada Siapa Perasan Facebook Ubah Logo Mereka

BACA Lagi: Facebook Menjemput Instagrammer Untuk Mengambil Gambar Bangunan Baru Mereka

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram