Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengubah nasihatnya tentang topeng muka, dengan mengatakan ia harus dipakai di tempat umum bagi membantu menghentikan penyebaran coronavirus.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan BBC, badan kesihatan global tersebut mengatakan bahawa terdapat maklumat baharu yang menunjukkan bahawa topeng muka mampu untuk menjadi “penghalang bagi tetesan yang berpotensi menular”.

WHO sebelum ini berpendapat tidak ada bukti yang kuat untuk mengatakan bahawa orang yang sihat harus memakai topeng muka di tempat umum.

Dr Maria Van Kerkhove, pakar utama teknikal WHO untuk COVID-19, mencadangkan agar orang ramai memakai “topeng kain – iaitu topeng bukan perubatan” di kawasan di mana terdapat risiko penularan penyakit itu.

Organisasi ini turut menasihatkan bahawa topeng muka perubatan harus dipakai oleh orang yang sakit dan mereka yang merawat orang yang sakit.

WHO mengatakan panduan baharu ini telah didorong oleh kajian selama beberapa minggu terakhir. “Kami menasihati kerajaan untuk mendorong agar masyarakat umum memakai topeng muka,” kata Dr Van Kerkhove.

Pada masa yang sama, WHO menekankan bahawa topeng muka adalah salah satu dari sekian banyak alat yang dapat digunakan untuk mengurangi risiko penularan wabak COVID-19.

Di seluruh dunia, terdapat 6.7 juta kes coronavirus yang disahkan dan hampir 400,000 kematian sejak wabak itu dikesan pada akhir tahun lalu, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University.

Untuk bacaan lanjut mengenai beberapa laporan mengenai WHO, klik pautan di bawah.

Ketua WHO Sahkan Pengakhiran COVID-19 Bukanlah Selepas Tamat Perintah ‘Lockdown’

WHO Akui Mustahil Untuk Ramal Bila COVID-19 Dapat Dikawal

Keputusan Amerika Syarikat Potong Dana WHO Beri Kesan Kepada Negara Miskin

Sumber