Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kini sedang giat memantau varian baru wabak COVID-19 yang diberi nama sebagai ‘Mu’. Varian Mu ini difahamkan pertama kali dijumpai di negara Amerika Latin, Colombia pada bulan Januari lalu. Dilaporkan dari The Straits Times, varian Mu secara ilmiah disebut sebagai B.1.621 dan telah diklasifikasikan sebagai “varian of interest” oleh WHO pada semalam melalui buletin mingguannya.

Setelah dikesan di Colombia, varian Mu dilaporkan berada di negara-negara Amerika Selatan dan Eropah yang lain. Laporan WHO menyatakan bahawa varian ini mempunyai mutasi yang menunjukkan kemampuan untuk bertahan dengan tindak balas vaksin. WHO kini berada dalam fasa penyelidikan lebih lanjut yang akan segera dilakukan untuk memahami varian Mu dengan lebih baik.

Dalam laporan mingguannya, WHO menjelaskan bahawa varian Mu mempunyai sifat mutasi yang menunjukkan potensi untuk melepaskan diri dari sistem imun. Kini varian Mu telah diletakkan di dalam kategori perhatian khusus WHO dan mula menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar serta orang awam di tengah-tengah situasi varian Delta yang belum habis menular.

Semua virus yang ada, termasuk SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19, pada dasarnya akan bermutasi dari semasa ke semasa. Mutasi tertentu boleh mempengaruhi sifat wabak dan mempengaruhi seberapa mudah penyebarannya, serta keparahan penyakit yang ditimbulkannya.

Apa yang membimbangkan adalah mutasi yang menyebabkan virus menjadi lebih berdaya tahan dengan tindak balas vaksin, ubat-ubatan dan langkah pencegahan lain. WHO setakat ini telah mengenal pasti empat varian COVID-19 yang menjadi perhatian, iaitu Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Saat ini lima varian baru, termasuk Mu, berada di bawah pemantauan khas oleh WHO.

Misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencari asal usul wabak COVID-19 di Wuhan berakhir dengan kegagalan. WHO mengatakan mereka tidak menemukan bukti kukuh mengenai asal usul virus itu di Wuhan. Benarkah? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pasukan Penyiasat WHO Dakwa COVID-19 Bukan Berasal Dari Wuhan, Gagal Temukan Bukti Kukuh

Korea Utara ‘Seksa’ Pesakit COVID-19 Kelaparan Hingga Mati, Mayat Mereka Dibakar

Dijangkiti Wabak Semasa Hamil, Ibu Di Singapura Lahirkan Bayi Dengan Antibodi COVID-19

Sumber