Malaysia pada hari ini telah dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menyertai “Kajiselidik Solidariti” yang akan menyaksikan penglibatan negara ini dalam usaha untuk menguji beberapa ubat bagi tujuan merawat COVID-19.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, kaji selidik tersebut akan melibatkan pengumpulan data bagi membandingkan keberkesanan dan keselamatan empat protokol rawatan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan menyegerakan proses pelaksanaan kajiselidik  ubat-ubatan tersebut yang akan bermula tidak lama lagi.

Empat protokol rawatan tersebut adalah yang menggunakan kombinasi Remdesivir, Lopinavir,/Ritonavir, Interferon Beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.

Tambah beliau lagi, sembilan buah akan terlibat dalam proses kajiselidik tersebut antaranya Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth.

Baca perkembangan semasa mengenai situasi COVID-19 dalam dan luar negara di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

WHO Jangka Kes COVID-19 Di Malaysia Memuncak Pada Pertengahan April

Jumlah Kes Positif COVID-19 Secara Rasminya Mencecah Angka Satu Juta