Asal usul wabak COVID-19 masih diperdebatkan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menegaskan bahawa asal usul wabak COVID-19 terjadi secara semula jadi dan tidak sengaja disebarkan oleh mana-mana agensi.

“Virus ini berlaku secara semula jadi,” kata Ketua Direktur WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media COVID-19 hujung minggu lalu, seperti yang dikutip daripada Xinhua.

“WHO mempercayai sains dan bukti dan itulah sebabnya kami mengatakan sains, penyelesaian dan perpaduan,” katanya.

Banyak penyelidikan telah dilakukan mengenai asal usul wabak terbabit dan ia menunjukkan dengan jelas bahawa wabak tersebut, atau SARS-CoV-2, berasal secara semula jadi dan bukan dari mana-mana institusi.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) telah mendesak supaya China bersikap telus mengenai asal usul wabak COVID-19 yang pada ketika ini telah membunuh lebih dari 1 juta orang di seluruh dunia.

Amerika Syarikat sebelum ini pernah menyatakan bahawa terdapat sejumlah besar bukti yang menunjukkan bahawa wabak ini muncul dari Institut Virologi Wuhan, namun tuduhan itu dinafikan oleh China.

Untuk rekod, sebahagian besar pakar percaya bahawa wabak itu berasal dari pasar Wuhan yang menjual hidupan liar dan ditularkan dari haiwan ke manusia.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pakar Virologi Dari China Dedahkan COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini

Sumber