Di saat orang ramai khususnya di Malaysia boleh menarik nafas lega selepas trend COVID-19 di Malaysia dilihat semakin turun, kenyataan terbaru daripada Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi gambaran sebaliknya.

Menurut Dr Tedros Adhanom, trend wabak COVID-19 masih belum memuncak dan mencapai kes tertinggi setakat ini. Menurutnya, meskipun terdapat negara yang mencatat jumlah kes yang rendah, penyebaran wabak ini dilaporkan semakin meningkat seluruh dunia ketika ini melibatkan beberapa negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
UNO, WHO
Sumber: politico EU

Mengulas mengenai trend peningkatan, jumlah pesakit positif COVID-19 pada bulan April dan Mei adalah sekitar 100,000 sehari manakala sekitar bulan ini jumlah kes terus meningkat kepada 200,000 kes sehari.

Melihatkan kepada jumlah kes yang meningkat ketika ini, WHO menjangkakan jumlah angka kematian juga bakal turut meningkat dalam masa terdekat. Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat dilaporkan sedang dalam proses untuk keluar daripada WHO.

Sebelum ini WHO mengakui mustahil untuk ramal bila COVID-19 dapat dikawal. Ketahui lebih lanjut mengenai laporan daripada WHO.

WHO Akui Mustahil Untuk Ramal Bila COVID-19 Dapat Dikawal

WHO Nasihatkan Orang Ramai Agar Memakai Topeng Muka Di Tempat Awam

Ketua WHO Sahkan Pengakhiran COVID-19 Bukanlah Selepas Tamat Perintah ‘Lockdown’

Sumber