Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah menyuarakan kebimbangan di atas keputusan beberapa negara Eropah melonggarkan larangan COVID-19 ketika acara EURO 2020. Direktur Eksekutif WHO Regional Office untuk Eropah, Robb Butler, mengatakan bahawa acara ini bakal melahirkan satu varian baharu COVID-19 ditengah-tengah lonjakan kes jangkitan.

“WHO sangat prihatin dengan tuan rumah [EURO 2020] yang melonggarkan larangan COVID-19. Kami mendapati bahawa beberapa stadium yang mengadakan perlawanan membenarkan kehadiran melebihi had yang diperlukan, kami khuatir varian baru akan lahir,” katanya melalui e-mel kepada AFP.

Bagaimanapun, WHO tidak mendedahkan nama negara Eropah yang mengambil pendekatan sedemikian.

United Kingdom misalnya semalam telah membuat pengumuman untuk membenarkan lebih 60,000 penonton hadir ke stadium bagi menonton acara separuh akhir dan final di Stadium Wembley London. Sebelum ini, UK hanya mengizinkan 40,000 penonton hadir ke stadium yang melibatkan sekitar 50 peratus kapasiti stadium.

Pengumuman terbaru ini menyaksikan peningkatan 75 peratus kapasiti penonton untuk tiga perlawanan terakhir dengan perlawanan akhir akan berlangsung pada 11 Julai.

Bagi Butler, kes COVID-19 dilaporkan meningkat di beberapa bandar yang menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Eropah. Atas sebab ini, WHO meminta bandar-bandar yang menjadi tuan rumah acara bola sepak sepak terbesar untuk mengambil tindakan segera.

Sementara itu, UEFA dalam maklum balas menyatakan tidak ada rancangan untuk mengubah tempat untuk perlawanan separuh akhir dan akhir. Dilaporkan, UEFA juga sedang berunding dengan kerajan Britain untuk mengusulkan sekatan perjalanan yang santai bagi membolehkan 2,500 orang kenamaan hadir ke acara  akhir nanti.

Tindakan Ronaldo alih botol Coca-Cola buat jenama itu rugi RM16.4 bilion. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tindakan Ronaldo Alih Botol Coca-Cola Buat Jenama Itu Rugi RM16.4 Bilion

Anda Mungkin Suka