Jika diperhatikan pada hari ini, kebanyakkan restoran ada menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma untuk pelanggan mereka. Secara langsung ia merupakan satu stratergi untuk menarik pelanggan.

Tapi tidak semua WiFi percuma bebas digunakan, ada sesetengah daripadanya memerlukan anda untuk mengisi kata laluan terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

soalan-matematik

Sebuah restoran masakan Thai di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada pelanggan mereka tetapi dengan satu syarat, mereka perlulah menyelesaikan soalan Matematik terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.

Jawapan berupa kata laluan ini menjadi viral apabila salah seorang pelanggan memuat naik gambar soalan Matematik tersebut di laman Reddit. Menggunakan nama Joshua_Glock, dia kemudiannya meminta bantuan pakar Matematik untuk membantunya mendapatkan jawapan tersebut.

“Di manakan ahli-ahli sihir Matematik? Saya berazam untuk memecahkan kata laluan restoran ini,” tulisnya.

Soalannya mendapat banyak perhatian, ada yang cuba membantu untuk mendapatkan jawapan dan ada juga yang mengatakan soalan tersebut salah atau hanyalah sekadar helah semata-mata.

Setakat ini, tiada seorang pun yang berjaya mendapatkan jawapan soalan tersebut. Jika anda merupakan seorang yang pakar dalam Matematik, bantu mereka dapatkan akses internet percuma dengan menjawab soalan ini.