Wil Aime seorang pembuat video bebas French telah mengeluarkan satu video yang mengajar jejaka-jejaka di luar sana untuk keluar daripada permainan friendzone seorang perempuan. Ada dua perkara menarik dalam video ini. Pertama ia meniru watak Annalise Keating dalam tv siri How To Get Away With Murder yang membuatkan penonton mahu menonton sehingga habis. Kedua, ia bukan saja tentang humor dalam plot, tapi pelakon dan editing sangat sempurna.