Nampaknya satu siri Manga terkenal Jepun, Death Note bakal diterbitkan oleh Netflix tahun hadapan dan pelakon handal Willem Dafoe akan menyertai siri ini sebagai Ryuk the Shinigami.

ryuk

Aktor lain yang akan menerajui filem ini adalah Nat Wolff, Margaret Qualley, Keith Stanfield, Paul Nakauchi dan Shea Whigham. Siri ini awalnya dikatakan bakal diterbitkan oleh Warner Bros tetapi berpindah ke Netflix yang sedang menyusun produksi untuk siri ini.

Bagi yang tidak pernah membaca berkenaan siri manga ini, manga ini berkisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai kuasa luar biasa di mana beliau dapat membunuh sesiapa sahaja hanya dengan menulis nama orang yang berkenaan sambil menulis bagaimana cara kematian individu itu. Semua itu hanya boleh terjadi jika beliau menulis pada satu buku, Death Note. Memang real manga ini.

Dafoe memang seorang pelakon yang hebat dan sangat sesuai untuk watak Ryuk ini. Anda boleh lihat lakonan Dafoe dalam filem Spider-Man(sebagai Green Goblin), John Wick dan filem akan datang, The Great Wall yang beliau akan berlakon bersama Matt Damon.

Bagi peminat tegar manga Death Note, apa kata anda? Anda suka akan perkembangan terbaru ini? Harap-harap mereka ikut jalan cerita seperti dalam komiknya.

Sumber