Tidak semua gambar yang kita mahu muat naik di Instagram ada di dalam telefon pintar. Kadang-kadang ianya berada di Mac atau PC kita yang baru sudah melalui proses editing.

Buat yang belum tahu, aplikasi ini pastinya akan memudahkan hidup anda. Windowed adalah aplikasi yang membolehkan anda log in terus gambar ke laman Instagram menerusi desktop atau komputer riba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya dicipta oleh seorang jurugambar yang juga seorang programmer, Felix Sun. Windowed ini merupakan mobile browser kecil yang membolehkan anda masuk ke akaun Instagram menggunakan komputer.

print 1

Windowed berfungsi seperti mana Instagram pada telefon pintar. Anda boleh muat naik gambar, lihat profile, membuat carian dan apa yang anda mahu di Instagram, boleh buat menerusi Windowed.

Tiada lagi masalah untuk transfer gambar ke Telegram terlebih dahulu dan muat naik gambar menerusi telefon pintar. Upload terus sahaja menerusi Windowed ini. Anda boleh muat turun aplikasi ini di sini secara percuma. Terima kasih Felix!

Sumber