Mencari idea untuk rekaan rumah untuk kawasan di pinggiran hutan agak sukar untuk firma FROMZERO kerana mereka perlu mencari jalan untuk mengaburkan garisan antara bahagian dalam dan luar apabila membina House Window ini.

Selain itu, pelanggan juga mahukan FROMZERO memaksimakan ruangan dalam rumah ini. Ini memberikan FROMZERO dua tugasan yang berbeza untuk rumah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Boleh dikatakan ciri utama rumah adalah ‘cengkerang’ konkrit yang berada di atasnya. Cengkerang ini menawarkan dua fungsi; membantu untuk mengawal keadaaan suhu dalam bangunan dan juga meningkatkan tahap privasi tambahan untuk pemilik rumah ini.

Cengkerang ini berbentuk tirus di bahagian hadapan, sebelum ia terbuka sehingga menampakkan pemandangan hutan di belakang rumah. Selain itu rekaan tingkap rumah ini juga sangat menarik kerana ia mewakili bilik yang berbeza di sekitar rumah ini, dengan saiz dan kedudukan setiap tingkap merujuk fungsi setiap ruang bilik.

Lihat di sekitar Window House di galeri bawah ini.

the-window-house-malaysia-02

the-window-house-malaysia-03

the-window-house-malaysia-04

the-window-house-malaysia-05

the-window-house-malaysia-06

the-window-house-malaysia-07

the-window-house-malaysia-08

the-window-house-malaysia-09

the-window-house-malaysia-10

the-window-house-malaysia-11

the-window-house-malaysia-12

the-window-house-malaysia-13

the-window-house-malaysia-14

Sumber