Masihkah anda ingat drama bersiri dari Korea ‘Winter Sonata’ yang pernah menjadi fenomena sekitar tahun awal 2000 yang menjadi kewajipan buat golongan wanita dan remaja pada ketika itu untuk mengikuti setiap episod?

Baru-baru ini dikhabarkan bahawa pengarah Kim Yong-soo sedang bekerjasama dengan penulis asal drama tersebut Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee untuk menghasilkan sekuel ‘Winter Sonata’ selepas hampir 20 tahun drama tersebut ditayangkan.

Tria Seputeh
HYPE
Mengapa TRIA Seputeh Adalah Hartanah Terbaik Untuk Anda Bagi Jangka Masa Panjang
Baca lagi →

park yong ha

Namun difahamkan pengarah asal drama ini menolak untuk memberikan kerjasama untuk menjayakan sekuel ini berikutan dengan kes kematian salah seorang pelakon drama ini, Park Yong Ha pada tahun 2010 lalu.

Jika diimbas kembali, filem yang dibintangi oleh Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo bukan sahaja berjaya menyebarkan fenomena drama korea tetapi juga berjaya mempromosi beberapa lokasi pelancongan. Sebagai contoh salah satu lokasi yang menjadi tarikan sehingga kini ialah Pulau Nami.

Apa yang menjadi persoalan besar ketika ini, adakah pelakon utama filem ini akan tampil semula untuk menjayakan sekuel drama ini? Mungkin juga watak tersebut akan dijayakan oleh pelakon baru yang sedang meningkat naik sekarang.

Anda Mungkin Suka