Sebut mengenai litar Nurburgring pasti ramai pencinta kelajuan dan automotif cukup tahu dengan litar yang dikenali sebagai Green Hell ini. Menjadi saksi kepada sejumlah besar kereta terpantas dunia serta model-model ikonik membuatkan litar ini dikenali ramai.

Dalam pada itu, siapa sangka setelah hampir tiga dekad dilancarkan, model ikonik Proton iaitu Proton Wira berjaya berada di litar Nurburgring. Apa yang lebih menerujakan, model ini turut berada satu litar bersama jenama-jenama kereta buatan Jerman seperti Porsche.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kehadiran Proton Wira dengan kemasan seakan sebuah teksi di litar ini nyata mengejutkan ramai apatah lagi berjaya ‘memintas’ Porsche di litar lagenda ini.

Para netizen di Malaysia pastinya antara yang paling bangga melihat detik yang penuh ikonik ini sekaligus tertanya-tanya mengenai kumpulan yang menjayakan projek Proton Wira ini.

Difahamkan Proton Wira atau dinamakan dengan nama Project Proton ini dijayakan oleh adik beradik Jochem dan Ruben Gravemade yang merupakan warga Jerman dan pernah menetap di Malaysia beberapa tahun yang lalu.

Pemilihan nama Project Proton ini dipilih dalam usaha untuk memartabatkan jenama Proton dalam menghasilkan kereta yang terbaik serta menjadi pilihan ramai. Model Proton Wira dipilih berbanding model-model Proton yang lain beirkutan model ini pernah memasuki pasaran Jerman sekitar akhir tahun 90-an.

Apa yang membuatkan projek ini berjaya menjadi kenyataan adalah apabila mereka berjaya menemukan sebuah Proton Wira di negara mereka iaitu Jerman. Dalam pada itu, Proton Wira yang ditemui didapati mengalami masalah pada bahagian enjin asal iaitu 4G13 1.3 liter.

Masih semangat untuk menjayakan projek, mereka berjaya mendapatkan sebuah lagi Proton Wira Aeroback dengan enjin 4G15 yang berfungsi dengan baik. Menariknya, kedua-dua model ini berjaya didapatkan daripada pemilik pertama Proton di Jerman.

Selain daripada usaha untuk memartabatkan jenama Proton, pemilihan gabungan warna Proton Wira seakan sebuah teksi dengan tulisan Teksi Ampang di bahagian pintu hadapan antara yang menambat hati netizen di Malaysia.

Model ini dijangka akan memasuki semula ke Litar Nurburgring pada akhir Ogos atau awal September ini. Akhirnya dapat juga rakyat Malaysia melihat model ikonik ini menghiasi litar Nurburgring.

Mengulas mengenai masa depan Project Proton, dua beradik ini dijangka bakal melengkapkan Proton Wira ini dengan meter teksi, penanda bumbung serta pencetak resit seakan sebuah teksi yang sempurna. Jelas sayang mereka terhadap negara Malaysia dan Proton.

Model ini dijangka akan memasuki semula ke Litar Nurburgring pada akhir Ogos atau awal September ini. Akhirnya dapat juga rakyat Malaysia melihat model ikonik ini menghiasi litar Nurburgring.

Mengulas mengenai masa depan Project Proton, dua beradik ini dijangka bakal melengkapkan Proton Wira ini dengan meter teksi, penanda bumbung serta pencetak resit seakan sebuah teksi yang sempurna. Jelas sayang mereka terhadap negara Malaysia dan Proton.

Anda boleh ikuti lebih gambar dan projek daripada dutch_diy_mechanics melalui laman Instagram mereka dengan klik di sini. Tonton juga video Project Proton menampilkan Proton Wira pertama di atas litar Nurburgring.

Tular pada minggu lalu apabila Honda terpaksa mengarahkan akauntan untuk membuat kerja pemasangan kereta.

Alami Kekurangan Pekerja, Honda Paksa Akauntan Membuat Kerja Pemasangan Kereta

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?

Sumber