Berkhidmat sejak 22 tahun dahulu tanpa pernah berehat meskipun sehari, tanggungjawab serta tugas mereka mungkin tidak pernah kita hiraukan. Walaupun tidak dipandang, namun mereka tetap terus berkhidmat. Mereka mungkin bukan pejuang kemerdekaan, bukan anggota keamanan, namun mereka tetap wira. Wira yang sentiasa memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan air yang bersih.

Tahukah anda setiap hari, purata penggunaan air oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 65 juta liter dan jumlah kumbahan air itu perlu dirawat. Cuba bayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya ia dibiarkan tanpa dirawat? Pernah tak anda terfikir apa yang terjadi kepada air kumbahan yang anda gunakan selepas mandi, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, mengepam tandas dan lain-lain?

Inilah peranan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK). Tanpa mereka, kita semua mungkin tidak dapat mendapat bekalan air yang bersih seperti hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua warga IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd) atas keprihatinan anda terhadap rakyat Malaysia selama ini. Terima kasih kerana mengambil perhatian terhadap kebersihan sumber air kami.

Tidak salah kalau dikatakan, majoriti daripada kita mengganggap sisa kumbahan seperti najis adalah sesuatu yang jijik, busuk dan kotor. Dengan wujudnya perkhidmatan Indah Water, air sisa yang dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia akan dirawat sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai dan air yang dirawat menepati standart tinggi yang telah ditetapkan Jabatan Alam Sekitar. Semuanya mereka tolong lakukan, dan inilah sebab mengapa tugas mereka sangat berjasa kepada kita hari ini.

2

1

Merawat Air Kumbahan

Demi memastikan bekalan air bersih, proses serta sistem penapisan yang baik amatlah penting. Dengan menggunakan kaedah rawatan kumbahan yang berkesan, segala sampah sarap seperti kaca, kain buruk, bekas tin minuman atau cebisan kayu diasingkan. Seterusnya, pasir dan kersik diasingkan dan mendap ke dasar alur air.

Manakala pepejal halus seterusnya mengalir ke tangki-tangki ‘penjernih’ (clarifiers). Di sini partikel-partikel kecil akan mendap ke dasar tangki menjadi ‘enapcemar’ (sludge). Enapcemar ini akan ditapis di kolam yang mengandungi batu-batu sedalam dua meter. Bakteria, alga dan cacing-cacing yang hidup di dalam turas akan menggunakan udara di celah-celah batu untuk memecahkan kumbahan.

3

Selepas menjalani beberapa proses untuk mengaktifkan enapcemar seperti proses penjernihan, pengudara resap dan pengudara terapung, akhirnya baki pepejal yang tertinggal dibiarkan mendap ke bawah tangki. Manakala air terawat mengalir keluar ke perairan. Air kumbahan yang telah diolah berkenaan selamat untuk disalurkan ke dalam sungai atau laut. Ia meninggalkan mendapan enapcemar yang perlu dikeringkan menggunakan kaedah penjemuran atau pembakaran.

Untuk pengetahuan anda, Enapcemar (bio-pepejal) ini adalah baja tanah yang amat baik untuk tanaman hiasan.

Cabaran Berkerja Di IWK

Ramai yang masih tidak sedar bertapa pentingnya tugas mereka, tidak kurang ada segelintir masyarakat yang memandang jijik terhadap perkerjaan mereka kononnya dianggap sebagai satu perkerjaan yang kotor. Mungkin kerana tugas mereka tidak seperti perkhidmatan utiliti lain yang nampak jelas di mata orang awam. Hakikatnya, tugas yang mereka pikul sebenarnya satu tanggungjawab yang besar demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

“Apa kerja IWK? Bill bayar, tapi tak pernah datang rumah pun?” antara pertanyaan popular oleh mereka yang kurang faham tentang peranan IWK. Buat pengetahuan anda, IWK lebih fokus kepada operasi dan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan serta kerja pembaikian paip pembentungan yang berada di bawah tanah. Dengan tarif seredah RM2 atau RM8 sebulan (bergantung kepada jenis rumah), ianya satu nilai yang tidak wajar dipertikaikan jika hendak dibandingkan dengan caj perkhidmatan yang lain.

Pentingnya Bekalan Air Yang Bersih

Seperti yang kita tahu, air merupakan sumber utama yang digunakan oleh semua orang setiap hari. Jadi, mendapatkan bekalan air yang bersih itu amatlah penting. Ia bukan sahaja melindungi alam sekitar, malah melindungi pengguna daripada penyakit berjangkit bawaan air seperti kepialu, taun, polio atau penyakit kolera yang boleh membawa maut.

Dalam masa yang sama, IWK terpaksa membelanjakan kos yang amat tinggi iaitu kira-kira satu bilion setiap tahun untuk memastikan kos operasi berjalan lancar dengan perkhidmatan terbaik kepada 23.86 juta pengguna di Malaysia.

4

Tanpa menerima rawatan yang air bersih pastinya terganggu aktiviti harian kita setiap hari. Dan ia juga menjadi tanggungjawab kita bersama dalam memastikan usaha ini dapat dikekalkan. Untuk caj perkhidmatan ini, syarikat pembentungan nasional, Indah Water hanya mengenakan caj serendah RM8.00 sebulan. Ianya satu nilai yang sangat kecil jika perlu dibandingkan dengan usaha murni syarikat ini dalam menyediakan air bersih kepada kita setiap masa. Terima kasih Indah Water.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan pembetungan yang disediakan oleh Indah Water, lawati laman web IWK atau Facebook rasmi IWK.