Sejak Apple memperkenalkan teknologi wireless charging pada iPhone 8 dan iPhone X, jelas teknologi ini seolah ‘mati hidup semula’. Benarlah kata Nilay Patel selaku tech reviewer daripada The Verge, teknologi yang diperkenalkan Apple selalunya mungkin bukan yang terbaru namun teknologi yang diumumkan buatkan orang ramai menggunanya.

Terbaru, Xiaomi bakal menjadi syarikat terbaru yang bakal mengikuti trend yang sama dengan penyertaan wireless charging pada smartphone flagship yang bakal dikeluarkan mereka iaitu Mi 7.

xiaomi-mi-7-concept-design_1499932634220
Rekaan konsep Xiaomi Mi 7

Tidak hanya menjanjikan teknologi wireless charging, Xiaomi Mi 7 bakal turut hadir dengan spesifikasi yang memukau. Penggunaan processor 845 SoC beserta RAM sebesar 6 atau 8 GB sudah pastinya membuatkan smartphone keluaran Xiaomi ini future proof untuk penggunaan tiga tahun akan datang.

Penyertaan teknologi wireless charging ini sekaligus bakal mendesak Xiaomi untuk menawarkan Xiaomi Mi 7 dengan harga yang sedikit tinggi berikutan kos pembuatan yang tinggi.

Sumber