Kebakaran kedua berlaku di Wisma Jakel Shah Alam pagi tadi yang menjejaskan bilik stor tirai premis itu, lapor Berita Harian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.40 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada 1.45 pagi.

Baca Juga:

Seramai 43 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi dan kerja baik pulih sedang dijalankan. Tiada kemalangan jiwa,” kata pengarah Norazam Khamis.

Sebelum ini, dilaporkan Jakel cawangan Shah Alam dilaporkan hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tahun baharu.

Kebakaran yang berlaku dilaporkan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.