Sebagai persediaan sebelum Justice League, giliran Wonder Woman pula untuk menonjolkan kemampuannya di layar perak. Pelakon cantik Gal Gadot kembali sebagai Wonder Woman (Diana Prince), antara watak superhero wanita paling menonjol dalam universe DC Comics.

Apa yang menarik tentang filem terbaru dari DC ini? Rata-rata pengkritik filem memberi respon baik yang sangat baik tentang filem ini. Laman web Rotten Tomatoes pun turut beri rating permulaan 97% kepada filem ini; rating yang lebih tinggi dari filem terbaik DC, The Dark Knight. Ini sangat menarik kerana saya tidak begitu memberi harapan yang tinggi pun untuk filem ini. Mari kita ke sinopsis filem ini terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Diana dibesarkan di Themyscira, sebuah dunia yang tidak boleh diakses oleh orang luar. Themscira adalah sebuah kepulauan di mana kesemua penduduknya wanita. Pada satu hari, Themscira berjaya diceroboh oleh Steve Trevor(Chris Pine) yang sewaktu itu sedang melarikan diri dari askar Jerman.

Setelah diberitahu tentang perang yang sedang berlaku di dunia manusia, Diana nekad untuk meninggalkan Themyscira untuk menghentikan peperangan di sana disamping mencari Ares, God Of War.

Saya pun turut tertanya-tanya adakah filem ini on par dengan filem Dark Knight? Apa yang menarik sangat tentang filem Wonder Woman ini? Mari kita terus ke kupasan filem ini.

1. Wonder Woman pecah dominasi superhero lelaki

Antara sebab Wonder Woman berbeza dari filem-filem superhero yang sedia ada adalah filem ini diterajui oleh superhero wanita dan Gal Gadot membuktikan ianya bukan penghalang untuk memastikan filem ini berjaya. Filem superhero wanita sebelum ini seperti Catwoman gagal dengan jayanya.

Jadi apa faktor yang menjayakan filem ini? Semestinya lakonan berkesan Gal Gadot sebagai Diana. Energy dan emotion yang beliau letak pada watak Wonder Woman memang padu dan sangat berkesan. Begitu juga dengan pelakon-pelakon wanita yang lain. Ketika pertarungan di Themyscira, babak pertarungan itu seperti menonton filem 300, cuma ianya diganti dengan pahlawan wanita yang gagah berani.

2. Chris Pine

Ada peminat Chris Pine di sini? Kalau ada sila angkat tangan. Chris Pine merupakan salah seorang aktor Hollywood yang saya suka. Lakonan beliau dalam Star Trek dan This Means War membuktikan beliau sebagai seorang aktor versatile dan bijak menarik hati penonton. Jadi bagaimana performance beliau dalam Wonder Woman?

Sangat hebat. Beliau membawa watak perisik Steve Trevor dengan sangat baik dan pasti buat anda tak kering gusi. Tetapi dalam masa yang sama akan buat anda terharu dan mungkin menangis. Kenapa? Itu anda kena tonton sendiri. Amaran, susuk tubuh Chris Pine dalam filem ini bisa buat para gadis dan mungkin juga sesetengah pria tidak tidur malam.

3. Jalan cerita yang padat dengan aksi dan fun

Jika dibandingkan dengan The Dark Knight dan Batman v Superman, Wonder Woman memang langsung tidak mengikut DNA dua filem ini dan ianya juga tidak terlalu goofy seperti Suicide Squad. Jalan cerita, flow dan character development semuanya just nice sahaja. Lawak One liner joke dari Chris Pine dan rakan-rakannyajuga memang menjadi. Terutamanya jenaka above average. Jadi anda akan rasa enjoy sahaja menonton filem ini dari mula hingga tamat.

4. Mesej keamanan yang jelas

Timeline filem ini adalah sewaktu World War I sekitar tahu 1918, di mana askar Jerman yang diketuai Ludendorff ingin menawan dunia dengan serangan bom saraf. Di dunia Diana, Diana hidup dengan aman dan apabila melihat kemusnahan dan kematian akibat peperangan di dunia manusia, ia membuatkan Diana sangat sedih.

Filem ini akan membuatkan anda berfikir sejenak betapa amannya dunia seandainya semua negara di dalam dunia ini berdamai dan semua orang dapat hidup seperti aman seperti di Themscira. Begitu juga mesej deep dari Chief. Beliau seorang red indian yang membantu Wonder Woman ketika berperang. Bersyukurlah negara kita aman dan tidak terlibat dengan sebarang peperangan ketika ini.

5. Rakan-rakan Trevor dan Ares

Rakan-rakan Trevor memang lucu-lucu belaka. Walaupun watak mereka sekadar tempelan sahaja, tetapi cukup untuk memeriahkan suasana dan menambah seri. Satu lagi keistimewaan filem Wonder Woman ini adalah pada watak orang jahatnya. Kalau nak tengok orang muka skema tapi jahat, anda kena tonton Wonder Woman. Muka skema tapi body ketul-ketul. Memang lain macam.

Jadi bagi menjawab persoalan di atas, adakah filem ini setanding dengan The Dark Knight? Selepas menonton filem ini, saya akan jawab ya. Wonder Woman boleh dilayan oleh semua dan tidak dark seperti Dark Knight. Ada rakan-rakan saya yang tidak tengok dan suka Dark Knight kerana ianya terlampau serious.

Walaupun filem ini penuh gelak tawa, ianya masih mempunyai identiti DC dan feel-nya tidak seperti filem-filem Marvel. Jadi pihak DC mungkin sudah menjumpai resipi yang tepat supaya filem karya mereka boleh diterima semua lapisan penonton.

Walaupun tular dua tiga hari ini berkenaan isu gambar Instagram Gal Gadot yang dimuatnaik beliau tiga tahun lalu, terpulang kepada anda untuk support filem ini atau pun tidak. Saya melihat filem ini tanpa prejudis dan sekadar mahu menghargai karya Zack Snyder. Saya beri rating filem ini 9/10. Antara filem terbaik tahun ini.