Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Rakyat Malaysia selalu didedahkan dengan kehidupan jurutera yang mewah dan ditabur dengan gaji yang tinggi. Tetapi pernahkah anda berjumpa dengan seorang jurutera perisian yang berumur 17 tahun tetapi sudah mendapat gaji setinggi RM14,000?

Melalui perkongsian Malaysiapaygap di Instagram, dipercayai seorang rakyat Malaysia  berusia 17 tahun yang tinggal di Shah Alam, Selangor telah berjaya mencipta nama sebagai jurutera di salah sebuah syarikat dengan gaji RM14,000.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 4 tahun berkata bahawa beliau bekerja di salah sebuah syarikat multinasional teknologi kewangan dengan kapasiti pekerja seramai 200 orang yang datang dari pelbagai latar belakang.

“Rakan sekerja saya kebanyakannya dari Dubai, UK dan Mumbai. Perbezaan waktu dan waktu bekerja agak sukar, tetapi perlu kerana saya bersekolah pada waktu pagi sehingga jam 2 petang,” katanya.

Dalam catatan tersebut beliau berkata sebelum ini beliau bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat baharu di Malaysia dengan gaji sebanyak Rm7,000 sebulan. Pengalaman bekerja di syarikat ini telah mencorakkan pengalaman beliau sepanjang menjadi jurutera di usia yang muda.

“Jika anda berminat untuk menjadi pembangun perisian, sila belajar asas, bukannya melompat terus ke dalam alam kerja. Kem pendidikan pada masa kini banyak memberi penekanan mengenai rangka kerja.

“Sebagai seorang pelajar yang bukan lepasan jurusan Sains Komputer, banyak asas-asas yang saya belajar sendiri,” katanya.

Sehingga sekarang siapakah individu tersebut masih menjadi misteri, namun halaman Malaysiapaygap mengesahkan slip gaji dan nombor kad pengenalan murid berusia 17 tahun tersebut.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama seorang pelajar sekolah menerima gaji yang tinggi sebagai seorang jurutera perisian. Pada 2019, Warga Biz melaporkan Muhammad Akmal Hazim Hafizul Rasydan, remaja berusia 14 tahun ketika itu sudah memperoleh RM50,000 sebagai jurutera perisian buatan sendiri.

Menurut Berita Harian pula, Akmal dilaporkan sudah didedahkan dengan bidang teknologi oleh bapanya Hafizul Rasydan Yaacob. Minat Akmal dalam bahagian teknologi sudah dapat dikesan sejak kecil lagi dan ayahnya mencadangkan untuk beliau bangunkan hos bagi aplikasi permainan dalam talian menggunakan servis murah.

Capai kejayaan cemerlang di luar negara, ini 5 tokoh rakyat Malaysia yang mungkin anda tidak kenali. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Capai Kejayaan Cemerlang Di Luar Negara, Ini 5 Tokoh Rakyat Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Kenali

Tular Perkongsian Bekerja Di NASA, Dr Amani Tampil Beri Penjelasan Sebenar