Verizon Communications Inc bersetuju untuk menjual platform media sosial terkemuka Tumblr kepada Automattic Inc, syarikat induk jenama WordPress dan Longreads dengan nilai yang sangat kecil; dilaporkan hanya USD3 juta (~RM12.5 juta) sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya satu harga yang sangat bargain untuk Automattic Inc. Sebelum ini, Tumblr telah diambil alih oleh Yahoo! dengan nilai USD1.1 bilion pada tahun 2013. Kini, nilai Tumblr jatuh mendadak kepada hanya USD3 juta sahaja. Yahoo! pada ketika ini adalah di bawah Verizon selepas diambil alih oleh syarikat berkenaan pada tahun 2017.

Tumblr pada asalnya merupakan platform yang mengumpulkan hampir 450 juta blog dan merupakan salah satu platform hebat sebelum ini. Namun, selepas keputusan kontroversi untuk membuang semua konten pornografi pada platform berkenaan tahun lalu, pengunjung ke platform Twitter dilaporkan berkurangan sebanyak 150 juta.

Automattic Inc akan mengambil alih 200 pekerja Tumblr sedia ada dan pada ketika ini, tidak ada perubahan besar akan berlaku di Tumblr. Apa pula rancangan Automattic Inc untuk Tumblr di masa akan datang?