Filem Tombiruo yang diadaptasi dari hasil penulisan novelis triler terkenal Malaysia, Ramlee Awang Mursyid mula ditayangkan di pawagam pada hari ini, 12 Oktober 2017. Poster billboard promosi filem ini juga telah dinaikkan di beberapa tempat sejak beberapa minggu lepas.

Untuk artikel hari ini kami tak nak menulis tentang filem ini, sebaliknya tentang cabaran, proses dan work flow  di sebalik pembikinan poster promosi bagi filem ini yang dilakukan oleh Kukubesi (KB).

Menurut usahawan  dalam bidang percetakan dan grafik ini, Tombiruo adalah karya movie poster ke 2 yang begitu beliau jiwai. Sebelum ini KB dan pasukan beliau pernah diberi tugas untuk menghasilkan movie poster bagi filem Merong Mahawangsa.

Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook page KukuBesi Manipulasi, KB meluahkan, “selepas Hikayat Merong Mahawangsa ini adalah di antara karya movie poster yang aku begitu jiwai ketika membuatnya, apabila di beri wassap oleh kawan-kawan tentang design ini sudahpun naik di billboard Sungai Besi, I really feel great!

filem-tombiruo-1

filem-tombiruo-17

Perlu layan kerenah 4 boss untuk filem Tombiruo

Menurut KB, sudah menjadi tugas beliau untuk melayan kerenah client untuk setiap job yang diberi. Tapi itu tak bermakna akan menuruti 100% kehendak mereka. “Aku sering bertegang urat atau berbalas whatsapp tentang konsep dan direction art yang ingin aku sampaikan, apatah lagi filem ini melibatkan 4 kepala boss dari lain-lain syarikat.

4 boss yang berlainan idea dan konsep, 4 boss yang ada cerita-rasa berbeza, 4 boss yang memang terer dalam bab bisnes dan cabaran untuk aku adalah bagaimana nak menyatukan kehendak dan keinginan mereka menjadi satu. The best part mereka sangat terbuka, sempoi dan mempercayai keupayaan aku. Maka mereka menerima idea dan konsep yang aku sampaikan. Alhamdulillah.”

Sebagai designer, menjadi tugas KB untuk mendidik client . Di waktu yang sama juga KB harus menerima pandangan client dari sudut menjual dan pemasaran. “Walaubagaimana pun kami berdebat ia adalah untuk kebaikan bersama, aku ada good portfolio dan mereka ada karya yang bagus untuk di promosikan.”

Flow dan hasil artwork movie poster

filem-tombiruo-2

filem-tombiruo-3

filem-tombiruo-7

KB turut berkongsi tips bagaimana beliau menghasilkan movie poster bagi filem ini.

“Aku tunjukkan hasil sebelum dan selepas 3 artwork untuk teaser poster movie Tombiruo. Ini adalah antara artwork proposal yang aku buat awal Disember 2016.”

Menurut KB kesemua 3 gambar ini telah di rakan dan shoot sendiri oleh beliau. “Biasanya aku lebih suka gambar yang di shoot di luar studio sebab lebih mudah untuk aku mendapatkan mood yang telah aku rancangkan.”

“Untuk mood kali ni lebih kepada brush painting stroke yang mana majoriti karya aku banyak dipengaruhi oleh karya pelukis dan kartunis terkenal Jaafar Taib. Aku memang membesar dengan karya-katya beliau terutama kisah “Jungle Book” di majalah Gila-Gila.

Jadi untuk mendapatkan effect seperti yang aku hasilkan ini, lebih memerlukan available light iaitu di bawah kawasan yang redup supaya aku dapat kawal bebayang dan highling pada gambar. Kalau sessi fotografi menggunakan studio light sama ada outdoor mahupun indoor, kesannya sedikit berbeza. Untuk aku mendapatkan kesan dan hasil seperti yang aku inginkan, ini memakan masa ataupun kemungkinan besar langsung tak jadi.”

Workflow kerja

filem-tombiruo-4

filem-tombiruo-5

KB turut berkongsi bagaimana workflow beliau dalam menghasilkan poster filem ini. Biasanya beliau banyak bermain dengan:

  1. Level
  2. Color balance
  3. Marque tool
  4. Mmultiply
  5. Screen
  6. Desaturate
  7. Feather
  8. Noise
  9. Dorge dan burn

Ini antara flow wajib yang dipakai oleh KB untuk 95% editing. 5% lagi mungkin beliau gunakan saturation, replace color, atau apa-apa tool  lain tetapi ia sangat jarang di lakukan.

“Untuk hasilkan karya yang baik dengan apa yang kita inginkan, designer atau photo retoucher harus tahu sedikit sebanyak teknik fotografi kerana ini akan memudahkan kerja apa yang kita nak buat. Kalau nak buat design advertising yang lebih clean mungkin kena guna white studio, kalau nak kesan vintage atau kasar mungkin kena bermain dengan available light.

Setakat ini biasanya aku menggunakan format JPG LARGE FINE dan aku sangat sangat jarang menggunakan format RAW sebab end of story nak buat editing dari RAW kena transfer ke JPG juga. Aku malas nak penuhkan sim card dan HDD baik aku snap JPG terus.

Lagi pun end printing untuk poster besar-besar macam billboard dorang print resolution 72 saja untuk jimatkan ink. Kalau tengok dekat memang nampak pecah tapi berbalik ke tujuan asal, billboard untuk kita tengok dari jauh. Jadi akan nampak sharp juga.”

filem-tombiruo-10

filem-tombiruo-14

filem-tombiruo-19

Character Poster

Bagi karakter poster pula, KB turut berkongsi artwork sebelum dan selepas bagi versi character poster, konsep serta kenapa ia harus ada dalam pakej promosi filem.

Ujar KB, “bagi filem barat character poster ini dah lama mereka amalkan cuma di Malaysia ia masih baru. Tujuan sebenar character poster adalah sebagai promosi sokongan kepada poster utama. Selalunya filem barat banyak bermain dengan konseptual design iaitu design yang ringkas tanpa mengenengahkan semua pelakon penting dalam filem tersebut. Mereka ingin menyampaikan satu poster yang kuat melalui satu karakter pada satu-satu poster sahaja.

Tetapi dalam masa yang sama mereka ingin juga menjual muka-muka pelakon lain. Jadi sebagai pilihan atau lampiran sokongan kepada filem dan poster utama, mereka keluarkan versi character poster yang mana wajah-wajah pelakon yang tak ada dalam poster utama diletakkan dalam satu lagi versi lain dengan nama character poster.”

Untuk filem-filem di Malaysia, menurut KB seingat beliau filem PGL (Puteri Gunung Ledang) dan Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara filem terawal yang menggunakan konsep character poster dalam mempromosikan filem mereka.

Dari pemerhatian KB juga, poster yang bermain dengan konseptual belum cukup berani dimainkan oleh pengeluar filem di Malaysia walaupun mereka tahu ianya bagus. Ini disebabkan kemahuan atau permintaan penonton Malaysia yang masih mahu melihat siapa wajah-wajah pelakon. Ini menjadikan banyak poster filem di Malaysia masih menjual wajah pelakon.

Bagi yang inginkan kelainan dalam poster filem di Malaysia, selalunya mereka mengangap poster filem di negara ini ketinggalan dan kolot. “Tetapi bagi aku yang dah hampir 9 tahun bergiat dalam dunia movie poster, banyak benda aku belajar tentang industri filem tempatan terutama berkenaan ‘art – promosi – jualan’.

Ada ketikanya sesetengah filem boleh bermain dengan konseptual, di masa lain dan untuk filem lain memang harus menjual muka pelakon. Tak ada siapa buat filem nak rugi. Hehehehe.”

Bagi KB, tugas beliau sebagai ‘key art’ dalam movie poster adalah memberi input dan art direction yang betul kepada client terutama berkaitan konsep yang ingin beliau sampaikan. “Adakala memang permintaan mereka agak tersasar dari yang sepatutnya, maka dari situ aku harus guide mereka. Bagitau warna ni ok, warni tu tak ok. Gamba ni ok, gamba ni tak ok. Font warna apa ok, warna apa tak ok. Susun letak macam ni ok, susun macam ni tak ok.”

Ia bukan satu tugas yang mudah kerana adakala beliau terpaksa berdebat dengan pelanggan yang tiada ilmu seni tetapi merasakan oleh kerana ini filem mereka, mengikut bajet mereka, maka designer harus turuti bulat-bulat idea mereka.

“Kita sebagai designer dah belajar tentang design pastinya kita tahu apa yang terbaik. Maka kita harus berani untuk menidakkan permintaan mereka atas faktor ketidak sesuaian. Melainkan ada bangsa designer yang “oklah kau bayar aku, aku buat je. Tak lawa padan muka kau hahahahaha.”

“Jadi kalau dilihat dari artwork character poster movie TOMBIRUO yang aku buat ini ada beberapa gambar yang menggunakan foto dari on location dan ada juga dari white studio. Korang boleh nampak sedikit perbezaan final output apabila fotografi menggunakan white studio dan available light.”

filem-tombiruo-9

filem-tombiruo-11

filem-tombiruo-12

filem-tombiruo-13

filem-tombiruo-15

Bagi peminat filem aksi dan thriller, ini antara filem tempatan yang mungkin anda mahu tonton. Atau nak tunggu Vocket buat review dulu?

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤