Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kebanyakan orang masa kini bekerja dengan komputer dalam satu tempoh yang lama. Ini mengakibatkan ketidakselesaan terutama pada bahagian leher dan tulang belakang. Apabila sudah sakit, jumpa doktor, makan ubat dan bersenam mengikut sela masa tertentu tetapi masalah sama masih berlaku.

Kemungkinan besar disebabkan oleh perabot workstation yang tidak dapat menyediakan keperluan seseorang bekerja dengan komputer dalam satu masa yang panjang. Ini dikukuhkan lagi dengan keputusan terbaru kajian ke atas ergonomik yang menyatakan kedudukan badan yang optima adalah dalam posisi duduk-berbaring (sitting-lying position). Ia adalah satu posisi yang paling sihat dan selesa. Malah, ia akan membantu memanjangkan masa konsentrasi.

Ini salah satu desain workstation mudah alih dan unik yang menyediakan posisi duduk-berbaring. Ia lebih sesuai untuk workstation di rumah, atau pejabat yang sempoi dan futuristik atau untuk mereka yang sememangnya bekerja dari rumah. Ia direka oleh Manuelsaez untuk Humanscale sebagai daybed home workstation. Ia adalah hibrid di antara workstation biasa dan kerusi lounge.

Mungkinkah pejabat The Vocket akan datang menyediakan workstation seperti ini untuk staf? Nantikannya!

Anda Mungkin Suka