Malaysia ‘dijangka’ menakluk dunia menjelang tahun 2135 M setelah memenangi beberapa siri peperangan. Ramalan ini dimuat naik dalam satu hantaran terbaharu yang oleh World War Bot – laman hiburan yang ‘meramal’ peperangan pada masa akan datang.

Hantaran tersebut yang dimuat naik semalam menunjukkan Malaysia telah menakluk Argentina yang sebelum ini diduduki oleh Suriname, salah sebuah negara kecil dengan populasi penduduk sekitar 570,000 orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“April 2135, Malaysia menguasai wilayah Argentina yang sebelumnya diduduki Suriname. Suriname kalah sepenuhnya. Malaysia menguasai dunia,” kata World War Bot dalam satu hantaran terbaharunya semalam.

Troll ini walaubagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, di mana salah seorang daripada pengguna Facebook mengucapkan tahniah ke atas ‘kejayaan’ Malaysia menakluk dunia pada 2135.

“Tahniah, Malaysia! Anda telah mencapai [Penguasaan Dunia]!” Kata seorang pengguna Facebook dengan nama Iman Alias.

Manakala bagi Muhammad Izzul Hilmi Ibrahim, dia mempersoalkan peperangan yang habis terlalu awal sambil memuat naik satu gambar M Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang, tetapi berpakaian masa depan.

World War Bot adalah laman yang bertanggungjawab ‘meramal’ perang pada masa akan datang. Ia digerakkan secara automatik oleh bot yang menghasilkan catatan secara rawak. Dan yang pasti, portal ini adalah hanya untuk hiburan semata-mata.

Terdahulu, pertikaian antara Malaysia dan China telah memaksa AS mengerahkan dua kapal perang ke Laut China Selatan, klik pautan di bawah untuk membaca.

Pertikaian Antara Malaysia Dan China, AS Kerah Dua Kapal Perang Ke Laut China Selatan

Kapal Perang Iran Hancur ‘Ditembak’ Oleh Peluru Berpandu Sendiri, 19 Orang Terkorban