Bagi mereka yang merasakan mereka telah bermalam di hotel-hotel yang hebat di serata dunia, fikirkannya kembali kerana pengalaman bermalam di Rumah Udang di Bali ini membawa suasana alam semulajadi yang sangat berbeza.

Rumah Udang ini terletak di Bambu Indah Hotel di Bali dan rumah udang ini mempunyai satu bilik tidur khas yang sangat istimewa, yang mungkin membuatkan anda terjaga sepanjang malam dengan perasaan teruja melihat pemandangan di bawah bilik tidur ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →


Di ruang kamar inilah anda akan berhubung dengan alam semulajadi dengan berlantaikan kaca dimana tereletaknya kolam udang segar di bawahnya.

Lantai kamar tidur yang diperbuat dari kaca ‘Tempered Glass’ ini sangat kukuh, di mana anda boleh menghabiskan masa berjam-jam memandang pemandangan bawah air yang cantik di bawah.


Di bahagian lain Rumah Udang juga amat mengkagumkan dan sangat mewah dengan alam semulajadi.


Rumah ini dibina dengan menggunakan kayu jati daripada Jawa sejak seabad lalu. Anda dapat merasakan kesan sejarah Bali dan berhubung dengan alam.

Adakah anda rasa kos penginapan di Rumah Udang ini adalah mahal? Sebenarnya tidak, harga penginapan satu malam pada musim kemuncak hanyalah sebanyak USD200 jauh murah berbanding penginapan hotel lima bintang di luar negara.

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan!

Sumber Telegraph

Like page The Vocket di Facebook.