Sekiranya anda peminat jenama Apple, kami yakin anda pasti mengenali individu yang pernah menjadi tulang belakang Apple merangkap sidekick kepada Steve Jobs. Individu yang kami maksudkan adalah Steve Wozniak. Insan yang mula mencipta komputer pertama keluaran Apple sebelum syarikat ini berkembang sehingga hari ini.

Kini dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai ‘Steve Wozniak’ atau individu yang kreatif, Steve Wozniak bersama pasukannya bakal membuka sebuah universiti yang dinamakan sebagai Woz U. Melalui universiti ini, para pelajar bakal berpeluang untuk mempelajari secara terus daripada Steve Wozniak bersama pasukannya bagaimana untuk menjadi pekerja seperti yang diperlukan industri.

MG_0230
HYPE
HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’
Baca lagi →

woz u

Lebih menarik, Woz U juga dikatakan bakal menjadi pemangkin kepada kelahiran universiti atas talian dimana cara pembelajaran seperti ini dikatakan lebih menjimatkan kos sekaligus melahirkan para pelajar yang bebas hutang.

Setakat ini Woz U cuma menawarkan dua program khusus buat para pelajar merangkumi pembangun aplikasi serta computer support specialists. Buat anda yang berminat untuk menjadi pelajar terawal di Woz U anda boleh mula mendaftar di sini.

Anda Mungkin Suka