Ketika ini, trend jual beli secara ‘cedok-cedok’ telah jadi ikutan ramai di TikTok dan boleh dikatakan ramai sudah terpengaruh. Untuk pengetahuan anda, si penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak.

Oleh itu, trend jual beli cedok ini juga menjadi persoalan segelintir netizen berhubung hukum jual beli seperti itu. Terbaharu, menerusi perkongsian Facebook muamalat.my, kaedah jual beli cedok tersebut dikatakan berunsurkan gharar iaitu wujud unsur ketikdakpastian maka hukumnya adalah haram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, menurut Ibn Hajar al-Asqalani, jual beli seperti itu adalah batil dan ia diibaratkan seperti ‘membeli di dalam gelap’ ataupun bahasa mudahnya jual beli jahiliyah.

Difahamkan gharar terbahagi kepada dua keadaan iaitu gharar wujud dimana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Lantaran itu, umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dan penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini yang sudah terang salah dari segi hukum.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Rumah Berselerak Dan Beg Duit Ditemui’ – Bekas Pembaca Berita TV3 Dilapor Hilang Sejak November Lalu

Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok