Pastinya collector jam G-Shock akan suka dengan berita ini. G-Shock dan X-Large berkolaborasi tampil dengan koleksi jam tangan edisi istimewa. Model yang digunakan adalah DW-6900 yang diperbaharui.

Menariknya, koleksi ini tampil dengan warna biru pada keseluruhan jam tangan  dan warna hijau digunakan pada muka jam dan tulisan yang terdapat pada jam. Pada bahagian jam tangan pula, terdapat logo ikonik X-Large diletakkan dan logo ikonik tersebut juga dapat dilihat pada muka jam apabila lampu dihidupkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi jam tangan ini, ia dijual pada harga 16000JYP (~RM594.79) sahaja dan tersedia di laman sesawang X-Large pada 3 Mei 2019.

Xlarge x G-Shock:vckt

Xlarge x G-Shock:vckt2

Xlarge x G-Shock:vckt3

Xlarge x G-Shock:vckt4