Ianya nyata satu berita yang mengembirakan peminat komik di seluruh dunia apabila CNBC melaporkan Disney ada berhubung dengan 21st Century Fox berkenaan kemungkinan untuk membeli division filem milik Fox.

Dikhabarkan Fox hanya ingin memfokuskan kepada laporan berita serta siaran sukan sahaja selepas ini. Majoriti aset produksi dan hak cipta filem bakal berpindah ke Disney, jika satu persetujuan dapat dicapai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini bermakna, hak cipta untuk segala watak Marvel yang dipegang 20th Century Fox sebelum ini akan berpindah ke Disney dan ini akan memberi impak kepada Marvel Cinematic Universe (MCU)! Fikirkan segala kemungkinan yang boleh dibuat oleh Disney jika ini benar-benar berlaku. Watak-watak klasik X-Men dan Fantastic Four dapat bersama dalam MCU, dan mungkin Doctor Doom boleh mempunyai role yang lebih besar daripada hanya tersekat di franchise Fantastic Four sahaja.

Buat masa ini segala perbincangan tentang perolehan ini masih terhenti dan pihak Disney dan Fox tidak mengeluarkan sebarang komen tentang perkara ini. Tetapi andainya ianya berlaku, pengambilalihan ini pastinya sesuatu yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Mungkinkah nanti kita dapat menyaksikan adaptasi filem berdasarkan jalan cerita ‘Avengers vs. X-Men’? Segalanya mungkin jika satu perjanjian dapat dicapai.

Sumber