Nampaknya filem X-Men: Dark Phoenix mencatat rekod apabila hanya berjaya meraih $14 juta pada hari tayangan pembukaan Jumaat lalu. Ini merupakan rekod paling buruk untuk sebuah karya siri X-Men.

Untuk pengetahuan anda, modal pembikinan filem ini mencecah $200 juta dan sasaran kutipan pada hujung minggu pembukaan adalah $50 juta. Akan tetapi, filem tersebut mengecewakan apabila tidak berjaya mencapai sasaran kutipan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, ia menjadikan filem X-Men: Dark Phoenix berada ditangga paling bawah bagi kutipan pembukaan siri filem X-Men. Filem tersebut berada dibawah filem The Wolverine yang hanya berjaya mengutip $53.1 juta pada tahun 2013.

Pastinya pihak Disney dan Fox mengharapkan prestasi yang baik dipasaran antarabangsa. Jika kutipan antarabangsa juga tidak memberangsangkan, filem tersebut mungkin akan menjadi filem X-Men pertama yang gagal dari segi kutipan box office dan juga kritikan.

Sumber