Xiaomi merupakan syarikat yang kerap mengeluarkan telefon pintar serta barangan elektronik yang berkualiti serta hadir dengan harga yang rendah.

Kejayaan penjualan telefon pintar mereka berkategori flagship iaitu Xiaomi Mi 3 dan Mi4 tidak berakhir disitu sahaja. Xiaomi pada hari esok bakal melancarkan telefon pintar berkategori phablet yang mempunyai skrin bersaiz 6.4-inci.

xiaomi-max-001-1 (1)

Idea ini yang mulanya dipopularkan oleh Samsung melalui Samsung Mega nampaknya diteruskan Xiaomi. Walaubagaimanpun, kami sangat teruja untuk mengetahui bagaimana pula dengan permintaan orang ramai mengenai telefon pintar terbaru mereka ini.

Xiaomi Mi Max bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 650 hexa-core serta hadir dengan 2 variasi pilihan iaitu RAM 2GB dan 3GB mengikut berdasarkan storan 16GB dan 32GB. Dijangkakan Mi Max bakal diumumkan dengan kamera 16 megapixel manakala 8 megapixel di bahagian hadapan. Bateri yang besar sudah menjadi suatu kewajipan buat telefon pintar yang mempunyai saiz skrin yang besar sekurang-kurannya 4000mAH.

xiaomi-max-002-1 (1)

xiaomi-max-00 (1)

Menggunakan sistem operasi Android terbaru serta disokong oleh ROM MIUI 8, kami menjangkakan telefon pintar ini tidak mempunyai masalah untuk kegunaan harian. Dengan harga penjualan yang bermula dari $200, kami menjangkakan phablet terbaru daripada Xiaomi ini bakal dijual dengan laris sepertimana model-model yang lain.

Xiaomi bakal melancarkan Mi Max secara rasmi pada hari esok 10 Mei 2016. Dua hari sebelum pelancaran action cam terbaru mereka iaitu Xiaomi Yi Cam 2.

Sumber