Xiaomi Mi Home bukanlah perkara asing buat Rakyat China mahupun penggemar teknologi. Xiaomi Mi Home secara asasnya merupakan syarikat yang membekalkan kelengkapan barangan elektronik untuk kegunaan di rumah.

Mendokong prinsip yang sama seperti Xiaomi, hampir kesemua barangan-barangan ini ditawarkan dengan harga yang rendah namun tampil dengan beberapa fungsi yang futurisitik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jpeg

Baca lagi: Hanya Perlu Tekan Telefon Pintar Untuk Masak Nasi Dengan Periuk Nasi Xiaomi

Menurut Hugo Barra, Mi Home bakal yang dibawa ke Malaysia bakal bekerjasama bersama syarikat penjualan yang lain. Walaubagaimanapun, tetap menawarkan fungsi dan experience Mi Home yang sama. Penjenamaan yang digunakan juga masih tidak dipastikan lagi sama ada akan kekal dipanggil Mi Home atau sebaliknya.

Setakat ini, masih belum terdapat sebarang tarikh rasmi bilakah Mi Home akan tiba di Malaysia. Mampukah Xiaomi Mi Home memecah tembok syarikat-syarikat barangan elektronik yang sudah lama menjadi pioneer buat pasaran Malaysia?

Sumber