Mula memasuki pasaran smartphone dengan penawaran smartphone mampu milik, kini Xiaomi berjaya menyenaraikan syarikatnya sebagai jenama telefon pintar terkenal.

Berdasarkan kajian terbaru daripada Morgan Stanley, syarikat yang berasal dari Beijing ini kini dinilai sekitar $65 bilion sehingga $85 bilion dengan jangkaan peningkatan sebanyak 27 hingga 34 kali ganda berdasarkan pelarasan pendapatan tahun 2019 syarikat teknologi ini.

xiaomiandexpansion

Selain itu, penawaran beberapa gadget lain melibatkan smartwatch Xiaomi turut menunjukkan angka keuntungan yang positif selepas syarikat ini berjaya menawarkannya dengan harga mampu milik serta bilangan unit yang tinggi.

Difahamkan Xiaomi akan meneruskan strategi untuk menawarkan model mereka pada harga rendah bagi meningkatkan kuantiti penjualan sekaligus membolehkan lebih banyak iklan dapat disertakan.

Xiaomi-Delays-the-Mi-Band-2-Launch

Untuk pengetahuan anda, syarikat yang berpengkalan dari China ini baru sahaja ditubuhkan lapan tahun lalu sekitar 2010. Berdasarkan pengaliran wang yang tinggi kepada syarikat serta inovasi smartphone berteknologi tinggi dengan harga rendah, Lei Jun kini turut digelar Steve Jobs China.